Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 27th, 2007

Dalam sebuah hadis, diriwayatkan tentang seorang penjahat yang ingin bertaubat. Ia masuk ke masjid. Ketika itu Rasulullah S.A.W sedang mengimamkan solat. Setelah menunaikan solat mereka berbincang-bincang dan penjahat yang ingin bertaubat itu mendengar Rasulullah S.A.W berkata, “Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram maka akan memperolehinya ketika sudah halal.”Setelah Rasulullah S.A.W dan para sahabat bersurai, pemuda itu turut meninggalkan masjid. Hatinya masih ragu untuk mengutarakan taubatnya. Namun ucapan Nabi tadi amat terkesan di hatinya.Malam pun menjelang. Suasana yang sering menggoda dirinya untuk melakukan keburukan. Tiba-tiba dia berhasrat untuk merompak salah sebuah rumah yang dihuni oleh seorang janda. Ternyata di rumah janda itu terdapat banyak makanan yang enak dan pasti mengundang selera. Ketika dia sedang memulakan suapannya tiba-tiba dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W siang tadi. Akhirnya dia tak jadi makan.

Tatkala beranjak ke bilik ke bilik lain, dia menjumpai perhiasan dan wang yang banyak. Dan ketika dia hendak mengambilnya, sekali lagi dia teringat kata-kata Rasulullah S.A.W. Lalu dia membatalkan niat jahatnya. Setelah itu dia masuk pula ke sebuah bilik yang besar. Didapatinya janda mu’minah itu sedang terbaring tidur dengan lenanya. Apabila ternampak wajah janda yang cantik dan rupawan itu, dia tergoda dan bermaksud untuk melampiaskan nafsunya. Namun tiba-tiba dia teringat kembali kata-kata Rasulullah S.A.W tadi. Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu yang haram ia akan memperolehi barang tersebut ketika ia sudah halal.

Akhirnya, sekali lagi beliau membatalkan niat jahatnya. Lalu dia pergi meninggalkan rumah itu dengan hati yang lega kerana mampu mengalahkan nafsunya.

Fajar mula menyinsing. Penjahat tadi pergi menunaikan solat subuh di masjid. Kali ini dia bertekad, dia akan bertaubat di hadapan Rasulullah S.A.W. Setelah solat, beliau duduk menyendiri di satu sudut masjid, merenung kembali peristiwa yang baru dialaminya malam tadi. Dan menghitung betapa besar dosanya andai perbuatan itu dilakukan.

Ketika matahari terbit datanglah seorang wanita ke masjid dan menceritakan kepada Rasulullah S.A.W kejadian semalam di rumahnya. Walaupun tiada barang yang hilang namun beliau khuatir kalau-kalau pencuri itu datang menyelidik semalam dan akan datang lagi malam nanti.Wanita itu juga memohon kepada Rasulullah S.A.W agar sudilah mencarikan seorang yang sanggup menjaga rumahnya. “Kenapa kau hidup sendirian?” tanya Rasulullah S.A.W padanya. Wanita itu menjawab bahawa suaminya telah meninggal dunia.

Rasulullah S.A.W mengarahkan pandangannya kepada seorang yang sedang duduk menyendiri di satu sudut masjid. Rasulullah S.A.W bertanya pada lelaki tersebut (penjahat tadi), adakah beliau sudah beristeri?

Setelah Rasulullah S.A.W mengetahui bahawa lelaki itu telah kematian isterinya, maka baginda menawarkannya seorang calon isteri. Lelaki itu terdiam begitu juga janda yang mengadu tadi. Mereka sama-sama malu. Tetapi Rasulullah S.A.W yang arif kemudian mengikat kedua insan itu menjadi suami isteri yang sah. Dan, pecahlah tangis lelaki itu, lalu diceritakannya kepada Rasulullah S.A.W peristiwa yang sebenarnya, dan bahawa pencuri itu tidak lain adalah dirinya sendiri.

Wanita itu keluar dari masjid dari masjid diiringi lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Mereka berjalan beriringan menuju rumah yang malam tadi hampir dicerobohinya. Disana makanan-makanan yang enak masih utuh seperti yang dilihatnya malam tadi. Bezanya sekarang, makanan itu sudah tidak haram lagi. Maka tanpa ragu-ragu makanan itu disantapnya.

Wang, emas dan perhiasan yang hendak dicuri, kini sudah menjadi miliknya yang halal. Bahkan dia boleh menggunakannya untuk berniaga, tanpa haram sedikitpun. Sementara wanita cantik yang hampir dinodainya semalam, kini benar-benar sudah menjadi isterinya… berkat kemampuannya menahan nafsu syaitannya.

Lelaki itu berbisik sendiri dalam hati, “Benarlah sabda Rasulullah S.A.W, barangsiapa meninggalkan yang haram maka ia akan memperolehinya ketika ia sudah menjadi halal.”

Demikian indah Islam mengajar erti cinta. Cinta yang tidak diliputi keraguan, cinta yang menimbulkan rasa tenteram, cinta yang menumbuhkan kedamaian, cinta yang menyuburkan keimanan dan ketaqwaan. Cinta yang apabila kita meneguknya akan diperolehi kenikmatan yang lebih dalam lagi.

Marilah kita menjenguk dan menyemak hati kita. Masihkah ada cinta di sana? Sudahkah kita mengemas cinta kita dengan kemasan Cinta Rabbani dan memberi label halal di atasnya? Dan sudahkah kita menyingkirkan cinta syhwat yang akan menjerumuskan kita dalam petaka yang berpanjangan?

Read Full Post »


Surah Al-Baqarah ayat 216

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Read Full Post »


Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Read Full Post »

Step One (Do this step before you shut down the PC)

  1. Control Panel-click
  2. Administrative Tools-2 x click
  3. Event Viewer-2 x click
  4. Application
  5. Action
  6. Clear All Events
  7. Save-NO
  8. System
  9. Action
  10. Clear All Events
  11. Save-NO

Step Two (Do this step after using the Microsoft Word)

Click – Microsoft Word

  1. File
  2. Open-click
  3. Look in: History
  4. Highlight all and delete

Step Three : (Do this step once in two weeks)

  1. Double click My Computer
  2. 2 x – Local Disk (C:)
  3. 2 x – WINDOWS
  4. 2 x –Prefetch
  5. Edit-Select all
  6. Delete
  7. Empty Your Recycle Bin

Step Four : (Do this step once a week)

  1. 2 x – Internet Explorer
  2. Tools
  3. Internet Option
  4. Temporary Internet files: Click on Settings….
  5. View Files
  6. Edit-Select all
  7. Files – Delete
  8. Yes

Read Full Post »

Hadith

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Hadith Riwayat ibnu Abid-Dunya)

Huraian Hadith

Berbuat baik dan memberi keselesaan kepada orang lain akan diganjari Allah dengan balasan yang berlipat ganda sama ada berupa pahala, kebaikan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Semua ini akan dapat dilakukan sekiranya seseorang itu mempunyai keimanan dan keikhlasan di hatinya sehingga segala tindakan-tindakan yang dilakukannya sentiasa melahirkan kebaikan pada dirinya dan dalam hubungannya dengan orang lain serta masyarakat di sekelilingnya.

Demikian juga kita digalakkan agar jangan membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan juga tetapi hendaklah membalasnya dengan kebaikan seperti api yang menyala dan membakar nescaya akan terpadam apabila disirami air. Maka begitulah dengan kebaikan, lambat laun akan melembutkan hati yang keras dan menghapuskan kejahatan yang melanda.

Sebaliknya jika kecenderungan berbuat perkara-perkara yang jahat terus dibiarkan menguasai diri maka akan rosaklah segala kebaikan yang pernah dilakukan kerana lazimnya kejahatan itu biarpun hanya sekali dilakukan ia mudah dilihat (diketahui) berbanding dengan banyaknya kebaikan yang pernah dilakukan oleh seseorang itu.

Sesungguhnya keimanan itu sentiasa terbuka untuk ditingkatkan sebaliknya iman akan merosot sekiranya kita melakukan perbuatan maksiat.

Read Full Post »

Sedekah

Hadith

Nasihat Rasulullah s.a.w kepada A’isyah r.a. , maksudnya:
“Wahai A’isyah! Janganlah engkau menolak permintaan orang yang miskin meskipun hanya dengan sebiji kurma. Wahai A’isyah! Cintailah orang-orang miskin dan dekatilah mereka, maka ALLAH akan mendekatimu pada hari Kiamat kelak.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith

  1. Ilmu agama ialah sesuatu yang berharga. Oleh itu orang yang berilmu tidak harus mendiamkan atau menyimpan ilmunya, bahkan ia patut mengamalkan dan menyampaikan ilmu itu kepada orang yang lain.
  2. Bersedekah dengan ikhlas walaupun sedikit adalah amalan yang murni. Dalam al-Quran, ALLAH berjanji akan membalas 1 sedekah dengan 700 kali ganda atau lebih, dan lebih hebat lagi ialah balasan keamanan pada hari Kiamat.
  3. Islam sangat menganjurkan sikap berkasih sayang, terutamanya kepada orang-orang yang lebih lemah dari kita. Namun begitu, ianya hendaklah berlandaskan tata-tertib dan landasan syara’.

Read Full Post »

Demi Masa

1hari = 24jam
Satu TAHUN = 12 Bulan = 52 Minggu

365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) 60 th – 70 th
(65th)

Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti). Puratanya manusia meninggal ± 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Laki-laki Baligh ± 15 tahun : Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50tahun

50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan:

50 tahun=18250 hari= 458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. …!

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000
jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya:Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur,
padahal kitaakan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000jam = 25 tahun
Aktivitidisiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat:menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirmanyang bermaksud; “Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untukberibadah kepadaKU”.
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..

Memang benar!!! Menuntut ilmuitu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudahmencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatankita, kita tidak akan belajar…

Memang benar!!! Bekerja carinafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidupbermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya. ” Jarang ada yangmenolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya ”

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh!mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir; solatwajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untukmembuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itumencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5xsolat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =
18250 jam = 2 tahun

Kesimpulan

Waktu yang kita manfaatkan dalam 50tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalausolat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatankita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima. Dan sekiranya pahala solatkita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupuntidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam hartakekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatankita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kitaumat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasankelalaian…………Terlalu banyak masa yangterbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan
semuanya itu akan menjadibencana…………

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupunwaktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negerikita…Akhirat

Read Full Post »

Kebajikan Dan Dosa

Hadis

Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya.”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian Hadith

Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.

Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya:” “Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut).”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Read Full Post »


Surah Al-Baqarah : ayat 216

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

Read Full Post »