Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Motivasi’ Category

Tentu sekali kita selalu mendengar saranan Rasulullah SAW melalui hadithnya yang bermaksud “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda” Menunjukkan jelas kepada kita bahawa Islam sememangnya dari dahulu lagi meletakkan merit yang cukup tinggi dalam hal penjagaan kesihatan, senaman dan kecergasan sebagai priority atau aulawiyat yang utama dalam kehidupan kita seharian. Justeru, tidakkah kita melihat aspek penjagaan kesihatan ini adalah merupakan suatu yang penting untuk sama-sama kita praktikkan sehari-hari?

Mencari Tujuan Dalam Hidup

Read Full Post »


Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Diambil dari Komuniti Teman Inteam

Read Full Post »

Anda ada sesuatu urusan penting? Ya, laksanakanlah, tapi jangan sampai terbarai kewajipan yang betul-betul wajib. Apa lagi kalau bukan sembahyang.

Laaa, awat sampai terbarai sembahyang fardu ni? Itu lebih wajib untuk dijaga. Tak betul kalau sibuk sangat sampai tak sembahyang. Ooo, itu silap.

Tak usahkan event negara yang besar, kadang-kadang kenduri kahwin kat kampung sesetengah kita dah terbarai sembahyang fardu. Kadang-kadang sambutan hari jadi dah terbarai. Laaa, rapuhnya.

Bagi saya, hak kita ya ambil, tanggungjawab kita laksanakan, kewajipan kita pada Allah ya jangan abaikan.

Dan satu lagi yang sangat penting. Saya nak pesan kepada diri saya dan juga anda semua, jangan terlalu bersemangat berpolitik sampai putus hubungan adik-beradik; abang kecik hati, kakak kecik hati dengan kita. Pkck tak tegur, makcik dibuat musuh. Sesetengah orang dengan emak dia pun boleh konfrontasi sebab berbeza politik. Bertegang leher.

Kadang-kadang isteri dengan suami bertekak pasal parti. Anak meninggikan suara terhadap ibu ayah pasal parti. Adik-beradik putus saudara, pasal apa ni? Pasal parti.

Yang ini kita tak mahu. Hei, nak berparti berpartilah. Nak jerit, nak pekik silalah, tapi jangan sampai putus hubungan keluarga.

Yang sedih, kadang-kadang pemimpin yang kita sokong tiba-tiba lompat parti, tengah kita memperjuangkannya. Kitat ternganga. Dulu masa berkempen dah buang sedara dah, tiba-tiba pemimpin yang kita sokong, yang kita puja lompat parti. Hah, apa ceritanya tu.

Sebab itulah saya pesan, kita berpolitik seadanya. Jangan terlalu bersemangat sampai bergaduh, putus silaturrahim dan tak bertegur tujug keturuna. Kalau ini berlaku itu lagi salah daripada tak mengundi.

“Sekuat-kuat Badang apabila mati tak kuat mengangkat dirinya sendiri.”

From : HM Tuah

Read Full Post »

What Shamsul Means


What Shamsul Means


You are the total package – suave, sexy, smart, and strong.

You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.

You don’t always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don’t have as much going for them as you do.

You are truly an original person. You have amazing ideas, and the power to carry them out.

Success comes rather easily for you… especially in business and academia.

Some people find you to be selfish and a bit overbearing. You’re a strong person.

You are usually the best at everything … you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic “Type A” personality.

You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.

You master any and all skills easily. You don’t have to work hard for what you want.

You make your life out to be exactly how you want it. And you’ll knock down anyone who gets in your way!

You are a very lucky person. Things just always seem to go your way.

And because you’re so lucky, you don’t really have a lot of worries. You just hope for the best in life.

You’re sometimes a little guilty of being greedy. Spread your luck around a little to people who need it.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don’t get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

Read Full Post »

Novel Ayat-ayat Cinta

Thomas Carlyle: ‘Seseorang dengan tujuan yang jelas akan membuat kemajuan walaupun melewati jalan yang sulit. Seseorang yang tanpa tujuan, tidak akan membuat kemajuan walaupun ia berada di jalan yang mulus!

Dalam surat Ar Ra’ad ayat sebelas Allah berfirman, Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah nasibnya. Jadi nasib saya, masa depan saya, mau jadi apa saya, sayalah yang menentukan. Sukses dan gagalnya saya, sayalah yang menciptakan. Saya sendirilah yang mengaristeki apa yang akan saya raih dalam hidup ini.”

Dalam surat Ar Ruum ayat dua puluh satu Allah berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.”

Aku menatap peta hidup bulan ini. Aku tersenyum penuh rasa syukur. Kukatakan pada diriku sendiri, “Man jadda wajad!”(“Siapa bersungguh-sungguh dia mendapat!”)

Kepadamu kukirimkan salam terindah, salam sejahtera para penghuni surga. Salam yang harumnya melebihi kesturi, sejuknya melebihi embun pagi. Salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha. Salam suci sesuci air telaga Kautsar yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya. Salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.

Read Full Post »

Hari ini manusia diukur dengan kecemerlangan akademik. Jika tidak cemerlang akademik, dia dikira kurang bagus. Itu satu kesilapan. Ukuran berteraskan akademik untuk menilai manusia bijak atau tidak bijak, cerdik atau bodoh, sebenarnya tidak begitu tepat.

Akademik hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang perlu manusia lakukan untuk membina kecemelangan. Akademik macam rembesan air daripaada setitik air.

Jadi, ilmu yang anda pelajari di sekolah hanyalah rembesan kecil daripada lautan ilmu. Kalaulah anda gagal atau tidak begitu cemerlang dalam akademik usah hukum diri anda sebagai bodoh, bengap, bangang. Itu silap.

Anda mungkin bodoh belajar tapi anda pandai hal lain; kemahiran hidup anda luar biasa, daya fikir anda cemerlang. Setiap manusia dijadikan dengan semua kebaikan dan kelebihan.

Jadi, masihkah anda hendak mengatakan gagal akademik sebagai bodoh? Meskipun sedikit sebanyak ada betulnya, kita tidak boleh berfikiran singkat. Sedangkan di sekolah pun kalau seseorang itu bodoh Sejarah, dia kadang-kadang pandai Matematik. Kalau dia bodoh Sains, mungkin dia pandai Commerce. Hal begini selalu terjadi.

Seseorang itu sudah tentu mencuba yang terbaik sewaktu menghadapi peperiksaan. Tetapi kadang-kadang emosinya terbelah pada waktu itu. Mungkin ada masalah kewangan, masalah sosial, demam, sakit gigi, mana keputusan mereka nak okey? Jadi, seseorang yang gagal peperiksaan tidak bolehlah dianggap tak okey segalanya.

Sebenarnya setiap orang ada hebatnya dan ada tak hebatnya. Kategori pertama, hebatnya mereka tak payah suruh, tahu buat sendiri. Tak payah nasihat sangat (apa lagi belasah) tahu dia baca buku sendiri. Tapi mungkin dia bodoh atau malas aktif dalam kerja-kerja rumah.

Begitu juga kumpulan kedua, yang perlu diransang, perlu dinasihat, perlu dipaksa, kadang-kadang perlu diugut, ada juga lebihnya, misalnya pandai baiki alat elektronik, semula jadi. Kan ada budak yang macam tu?

Kumpulan ketiga, kumpulan yang paling kita rasa menyusahkan hidup kita., ada baiknya dia. Tak gitu ALLAH tak buat dia. Tidak ada ciptaan ALLAH yang tak berguna pada bumi. Pasti ada.

Alangkan lalang ada gunanya. Kalau tak ada lalang, kita jadi malas. Waktu saya kecik-kecik, pernah juga ambil akar lalang dan hisap, manis. Jadi kalau tak ada gula, atau nak jimat waktu buat air, carilah akar lalang. Canggih gitu.

Nampak tak, betapa perlunya kita percaya setiap ciptaan ALLAH itu ada faedahnya pda makhluk lain dan setiap ciptaan ALLAH itu sempurna. Ukuran tak sempurna itu ukuran kita manusia, yang selalunya lebih dibauri oleh ego, sombong, besar diri, riak, ujub, waham, kaya, lawa, kacak, macho, tinggi dan seribu satu macam lagi alasan.

Kita ini walau sempurna mana tetap perlukan bantuan. Manusia perlu bantu-membantu. Biar kategori apa nak kita, atau diri kita, kita tak boleh berhenti daripada membantu mereka atau membantu diri kita sendiri, sebab insya-Allah hidup dia panjang lagi, hidup kita panjang lagi. Sekarang okey, besok belum tahu.

Great work is done by people, who are not afraid to be great.

Sentuhan Dr HM Tuah

Read Full Post »

Ketika zaman kanak-kanak, pernah tak kita berangan-angan nak memandu kapal terbang? Pernah tak? Tentu pernah… Dalam dunia, tak ada manusia yang tak mendongak ke langit apabila mendengar bunyi kapal terbang. Nak-nak pulak yang terbang rendah. Automatik kita akan mendongak ke atas, kecuali yang tinggal berhampiran dengan airport atau orang yang tak dapat melihat dan mendengar. Betul tak? Itu menunjukkan bahawa impian untuk naik kapal terbang atau pandu kapal terbang, ada dalam minda setiap orang sama ada yang normal atau abnormal. Ya ke abnormal? Ya, saya pernah terjumpa seorang lelaki Cina yang tak berapa betul berlagak memandu kapal terbang mendarat dan terbang di tengah jalan raya, tengah-tengah bandar Muar.

Dan saya jugak pernah mengunjungi rumah seorang tua yang tak berapa betul. Di siling rumahnya, tergantung penuh dengan kapal terbang macam-macam bentuk dan macam-macam rupa yang diperbuat daripada macam-macam bahan.

Di sini saya hendak tekankan bahawa hampir semua orang ada impian yang sama, tapi tak semua orang mencapai impian itu. Hanya sebilangan kecil sahaja manusai berupaya menjadi pilot yang kerjanya memandu kapal terbang. Dan begitu jugak sebilangan kecil sahaja manusia yang dapat bekerja di lapangan terbang. Betul tak?

Tetapi sebenarnya, setiap daripada kit, sama ada bekerja di lapanagan terbang atau sebagai pemandu kapal terbang atau sebagai penumpang kapal terbang, kita semua adalah pemandu pada pesawat kita sendiri.

Perasan tak yang kita semua adalah pemandu pada pesawat kita senirir? Tak percaya? Laa… awat hang bayangkan yang kita betul-betul pandu kapal terbang? Ni bahasa simboliklah bunga bahasa. Memanglah hakikatnya kita tak memandu kapal terbang, tetapi simboliknya kita seua sekarang sedang memandu pesawat kita sendiri.

Jika tersilap pemanduan, kita pasti tersasar jauh. Jika kita gagal menguasai sepenuhnya kapal terbnag kita, kita pasti jatuh terhempas. Perjalanan hidup kita seperti itulah, seperti kapal terbang yang terbang di udara. Yang tu kita semua tak ada kuasa untuk menguasainya sebab bukan bidang kerja kita. Tetapi simboliknya, kita macam pemandu-pemandu kapal terbang itulah. Kalau kita memandu dengan berhati-hati, mengikut semua keperluan dan syarat, insya-Allah kita akan selamat sampai ke destinasi yang ditujui. Sebaliknya, kalau kita hentam kromo tanpa berfikir panjang, kalau tak jatuh terhempas pun… paling tidak akan mengalami saat-saat cemas ketika dalam pemanduan.

Jadi, wahai semua orang yang hidup, sedarlah kita sekarang sedang memandu pesawat kita sendiri untuk menuju ke destinasi masing-masing. Ada orang akan sampai dengan bergelar kejayaan. Ada orang yang akan tersasar dengan nama kegagalan. Ada orang akan jatuh terhempas sehingga tak dapat bangun-bangun lagi dengan nama kegagalan mutlak.

Oleh itu, marilah kita memandu pesawat kita dengan penuh berhati-hati. dapatkan apa sahaja yang patut kita tahu dalam menjalani kehidupan ni supaya pemanduan kita tak akan tersasar dan taka jatuh terhempas.

Pesawat yang betul bukan sahaja memastikan kita selamat sampai ke destinasi yang betul, tetapi penghujung yang betul, insya-Allah. Boleh faham ke? Boleh, kan? Bukan susah sangat, walaupun saya bersimbolik, menyimpan serubu maksud daripada perkataan yang disebut dan isu yang dipilih.

“Ingat! Pesawat yang betul bukan sahaj memastikan kita selamat sampai ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.”

Sumber : Dr. HM Tuah Iskandar

Read Full Post »

Kerisauan manusia tidak lain tentang apa yang akan dimakannya. Apakah dia ada makanan pada hari ini dan apakah makanan tetap ada untuk besok. Apa yang akan melepasi anak tekak amat-amat dikhuatirinya. Untuk itu mereka sanggup bekerja keras, berusaha sedaya yang boleh bagi memastikan dia tidak keputusan makanan.


Manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dia tidak kelaparan. Hampir semua jenayah dunia berkaitan dengan perut. Walaupun ada sebab-sebab sampingan, susur galur sesuatu perbuatan jahat itu mengambil tempat sedikit sebanyak berpunca daripada makanan.Manusia menjadi ganas apabila dia kelaparan. Dia juga menjadi lebih ganas tatkala kekenyangan. Dalam keadaan biasa dia tetap mahukan makanan. Makanan tidak dapat lari daripada kehidupan.


Mengapa tergamak mengambil hak orang dengan cara yang tidak dibenarkan? Mengapa sampai hati melakukan tipu muslihat untuk memperdaya? Mengapa berusaha untuk merebut sesuatu yang sudah dimiliki orang lain? Bukankah lebih baik berusaha untuk mengambil sesuatu yang belum dimiliki oleh sesiapa. Bukankah ALLAH berfirman, maksudnya;


KAMI (ALLAH) telah menjadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi hanya sedikit sekali kamu berterima kasih. (Surah Al-A’raf: 10)


Bumi adalah lapangan untuk berusaha. Bumi menyimpan khazanah yang menanti untuk diteroka seterusnya dimiliki. Untuk mendapatkan keselesaan hidup tiada siapa boleh berserah pada nasib dan tuah. Kisah manusia bertemu gua penuh dengan harta karun tidak mungkin berlaku lagi pada zaman kini. Jika ada pun kehidupan yang bakal dilaluinya selepas itu tetap menjadi tanda tanya sebab sesuatu yang mudah didapati mudah pula hilangnya. Adalah lebih mudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan jalan yang benar daripada jalan yang batil. Anda mencuri, anda akan mendapat apa yang anda mahu; tetapi proses mencuri itu jauh lebih susah daripada anda bekerja dan mendapatkannya secara mudah.


Anda silap jika anda menganggap mengambil hak orang dengan jalan yang tidak betul itu lebih mudah daripada berusaha mendapatkannya dengan jalan halal. Seorang webmaster yang ditugaskan memantau laman web rasmi sebuah syarikat lebih suka melengah-lengahkan kerja kerana menyangka dengan berbuat begitu dia boleh ‘demand’. Dia lebih suka memberikan alas an mengapa updating tidak dilakukan mengikut ketetapan daripada berusaha melakukan updating. Untuk itu dia terpaksa mereka bermacam-macam alasan kepada pihak yang bertanya.


Selama setahun dia berjaya mengaburi mata pemilik laman web tentang masalah-masalah yang timbul. Selama itulah dia mereka pelbagai alasan untuk memberi gambaran betapa sukarnya pekerjaan berkenaan.


Bagaimanapun, akhirnya, pemilik laman berkenaan menghentikan perkhidmatannya dan melantik webmaster yang baru. Semua updating yang dikatakan mustahil selama ini dapat dilakukan dengan tempoh yang sekejap dan sempurna sekali.


Nilailah diri dengan enam unsur berikut, setiap urusan akan menjadi lebih mudah dan mubar:

Musyaratah – Membuat perjanjian diri sendiri.

Muraqabah – Merasai kehadiran ALLAH setiap ketika dalam apa jua tindakan.

Muhasabah – Menilai diri sendiri.

Muaqabah – Sentiasa mendidik diri

Mujahadah – Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha.

Mu’atabah – Menahan diri dari segala kekejian.

Maka, selamatlah seseorang itu daripada berasa malas dan suka mengambil kesempatan.

Read Full Post »

Kerisauan manusia tidak lain tentang apa yang akan dimakannya. Apakah dia ada makanan pada hari ini dan apakah makanan tetap ada untuk besok. Apa yang akan melepasi anak tekak amat-amat dikhuatirinya. Untuk itu mereka sanggup bekerja keras, berusaha sedaya yang boleh bagi memastikan dia tidak keputusan makanan.

Manusia hampir sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan dia tidak kelaparan. Hampir semua jenayah dunia berkaitan dengan perut. Walaupun ada sebab-sebab sampingan, susur galur sesuatu perbuatan jahat itu mengambil tempat sedikit sebanyak berpunca daripada makanan.Manusia menjadi ganas apabila dia kelaparan. Dia juga menjadi lebih ganas tatkala kekenyangan. Dalam keadaan biasa dia tetap mahukan makanan. Makanan tidak dapat lari daripada kehidupan.

Mengapa tergamak mengambil hak orang dengan cara yang tidak dibenarkan? Mengapa sampai hati melakukan tipu muslihat untuk memperdaya? Mengapa berusaha untuk merebut sesuatu yang sudah dimiliki orang lain? Bukankah lebih baik berusaha untuk mengambil sesuatu yang belum dimiliki oleh sesiapa. Bukankah ALLAH berfirman, maksudnya;

KAMI (ALLAH) telah menjadikan untukmu semua di dalam bumi itu sebagai lapangan mengusahakan kehidupan. Tetapi hanya sedikit sekali kamu berterima kasih. (Surah Al-A’raf: 10)

Bumi adalah lapangan untuk berusaha. Bumi menyimpan khazanah yang menanti untuk diteroka seterusnya dimiliki. Untuk mendapatkan keselesaan hidup tiada siapa boleh berserah pada nasib dan tuah. Kisah manusia bertemu gua penuh dengan harta karun tidak mungkin berlaku lagi pada zaman kini. Jika ada pun kehidupan yang bakal dilaluinya selepas itu tetap menjadi tanda tanya sebab sesuatu yang mudah didapati mudah pula hilangnya. Adalah lebih mudah berusaha untuk mendapatkan sesuatu dengan jalan yang benar daripada jalan yang batil. Anda mencuri, anda akan mendapat apa yang anda mahu; tetapi proses mencuri itu jauh lebih susah daripada anda bekerja dan mendapatkannya secara mudah.

Anda silap jika anda menganggap mengambil hak orang dengan jalan yang tidak betul itu lebih mudah daripada berusaha mendapatkannya dengan jalan halal. Seorang webmaster yang ditugaskan memantau laman web rasmi sebuah syarikat lebih suka melengah-lengahkan kerja kerana menyangka dengan berbuat begitu dia boleh ‘demand’. Dia lebih suka memberikan alas an mengapa updating tidak dilakukan mengikut ketetapan daripada berusaha melakukan updating. Untuk itu dia terpaksa mereka bermacam-macam alasan kepada pihak yang bertanya.

Selama setahun dia berjaya mengaburi mata pemilik laman web tentang masalah-masalah yang timbul. Selama itulah dia mereka pelbagai alasan untuk memberi gambaran betapa sukarnya pekerjaan berkenaan.

Bagaimanapun, akhirnya, pemilik laman berkenaan menghentikan perkhidmatannya dan melantik webmaster yang baru. Semua updating yang dikatakan mustahil selama ini dapat dilakukan dengan tempoh yang sekejap dan sempurna sekali.

Nilailah diri dengan enam unsur berikut, setiap urusan akan menjadi lebih mudah dan mubar:

Musyaratah – Membuat perjanjian diri sendiri.

Muraqabah – Merasai kehadiran ALLAH setiap ketika dalam apa jua tindakan.

Muhasabah – Menilai diri sendiri.

Muaqabah – Sentiasa mendidik diri

Mujahadah – Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha.

Mu’atabah – Menahan diri dari segala kekejian.

Maka, selamatlah seseorang itu daripada berasa malas dan suka mengambil kesempatan.

Read Full Post »